Thursday 8 September 2011

Kekasih Gelap Mat Sabu NAIK ANGIN

Ahli Parlimen Seputeh dan Setiausaha Organisasi DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji pihak yang menghantar SMS mengugut akan simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Teresa Kok (gambar) dalam satu kenyataannya berkata, mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional.

Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah.

Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ekoran itu, Teresa menggesa agar orang ramai diberi kesedaran bahawa ugutan nyawa sebegini bukan perkara kecil tetapi merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 dan 503 di bawah Kanun Keseksaan.

"Saya menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk segera siasat dan tangkap mereka yang bersalah agar menghantar mesej yang tidak berbelah kepada mereka bahawa apa yang telah dilakukan itu adalah suatu jenayah.

"Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman," kata Teresa dalam kenyataannya.

Beliau juga menggesa PDRM untuk mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya.


Teresa Kok (gambar) dalam satu kenyataannya berkata, mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional.

Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah.

Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ekoran itu, Teresa menggesa agar orang ramai diberi kesedaran bahawa ugutan nyawa sebegini bukan perkara kecil tetapi merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 dan 503 di bawah Kanun Keseksaan.

"Saya menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk segera siasat dan tangkap mereka yang bersalah agar menghantar mesej yang tidak berbelah kepada mereka bahawa apa yang telah dilakukan itu adalah suatu jenayah.

"Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman," kata Teresa dalam kenyataannya.

Beliau juga menggesa PDRM untuk mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya.MPP online

Hassan Ali Dipancung Guna UMNO

NAMPAKNYA, Khalid terpaksa menjadikan JAIS sebagai kambing hitam untuk dia menyingkirkan Dr Hassan Ali sebagai exco Selangor.

Depan Pas, Belakang DAP
Tuduhan Khalid yang mngtakan UMNO jadi dalang kepada JAIS adalah untuk menutup perancangannya itu, Khlaid sudah lama merancang untuk menyingkirkan Dr Hassan kerana mereka berdua tidak sehaluan

Khalid lebih mirip mengikut telunjuk DAP sedangkan Dr Hassan masih dengan pendiriannya dan tidak mahu mengikut seprti apa yang berlaku kepada kdua-dua Khalid di Selangor yang jadi tali barut DAP memecah belahkan orang Melayu dan Islam di Selangor.

JAIS adalah di bawah pentadbiran Exco Selangor, Dr Hassan Ali, bagaimana Khalid boleh menuduh UMNO menjadi dalang pentadbirannya.

Cerita sebenar yang cuba dialihkan oleh Khalid ialah untuk menuduh Dr Hasan gagal dalam pentadbirannya sehingga JAIS dikuasai oleh UMNO, tuduan Khalid  itu sebanarnya ditujukan kepada Dr Hassan dan bukannya kepada UMNO.

Seperti diketahui umum, Khalid dan Dr Hassan mempunyai masalah dia antara mereka berdua, memang dari dulu Khlaid tidak pernah senang hati dengan Dr Hassan.

Dengan kenyataan yang dibuat itu mudahlah bagi dirinya untuk meneruskan hasratnya menyingkirkan Dr Hassan sebagai exco dan mengantikannya dnegan Dr Rani, itulah rancangan sebenar Khlaid.

Ini untuk menunjukkan Dr Hassan tidak berfungsi dan harus diganti oleh  Dr Rani, itulah helah sebenar Khalid tuduh UMNO dalangi JAIS untuk bunuh Dr Hassan Ali..

Mat Sabu Buat Hal Lagi

APA lagilah yang Mat Sabu nak temberangkan ini, kini gempar pula Mat Sabu diugut, siap buat sidang media, ini semua publisiti murahan Mat Sabu untuk dapat simpati,

Yang pasti, Mat Sabu akan tuduh semua ini kerja orang UMNO, perlu periksa betul-betul siapa yang nugut dia tu, takut nanti dia sengaja buat cerita atau suruh orang dia buat panggilan atau hantar sms kepadanya, lepas tu buat cerita.

Ini semua taktik licik pembangkang, semua ni belajar daripada Anwar, bila dah terdesak buat laporan polis, kononnya jadi mangsa, itulah modal dia orang.

Semua ini sudah diatur oleh mereka, suruh orang simpati dengan dia, dapat lagi mileage, tak habis-habis dengan muslihat.

Yang pasti, penyokong tegarnya tetap akan mengatakan perkara itru betul, lepas tu buat ceramah sana-sani kata orang UMNO ugut dia, 

Sebenarnya apa yang berlaku itu bukanlah suatu kejuatan tetapi lebih kepada skrip yang telah diatur oleh Mat Sabu and The Gang,

Lepas ni senanglah untuk dia kutuk UMNO, diharap tiada orang yang akan terpedaya dengan sandiwara yang dibuat oleh Mat Sabu pengkhiant kepada negara.

Sanggup gadaikan pengorbanan pasukan keselamatan untuk jadi popular dengan idea bebal dan sembabnya.
sapa tak kenal Mat Sabu kaki temberang.


Siapa Mat Indera


MAT INDERA atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera adalah anak Johor yang terlibat dengan gerakan-gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu beroleh kemerdekaan.
Beliau pada awalnya, seperti individu-individu lain juga telah berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.
Bezanya, Mat Indera melibatkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.
Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.
Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM telah diharamkan.
Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan melibatkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.
Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.
Tindakannnya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.
Ini berlainan dengan para pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.
Kemuncak penglibatan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu adalah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.
Fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas tersebut terhadap pegawai-pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.
Sebagai seorang daripada pemimpin rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan tersebut.
Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.
Sedangkan ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.
Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk dari ‘Malayan Union’ British sebelum itu.
Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan ‘People’s Democratic Republic of Malaya’ yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.
Malaysiayang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.
Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.
Akhirnya Mat Indera telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan teroris yang diharamkan sehingga ke hari ini.
Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.
Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berpelembagaan.
Berdasarkan fakta-fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera adalah dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Regimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.
Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.
Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian perletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaanMalaysiapada 1989.
Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, adalah data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Penulisan dan catatan tersebut adalah menjadi bahan-bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan olek kerajaanMalaysiakini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman-rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang.
DATUK ABDUL GHANI OTHMAN
Menteri Besar Johor

Dendam Mat Sabu Terbalas

PERLU diingat, tindakan Mat Sabu menyokong komunis dan mengatakannya sebagai pejuang kemerdekaan adalah untuk balas demdam kesumatnya kepada pasukan keselamatan teruatamanya pihak polis.

Mat Sabu berdendam kerana sudah acapkali beliau ditahan oleh pihak polis termasuk ketika perhimpunan Bersih yang menuduh pihak polis dengan sengaja menlanggarnya sehingga masuk hospital.

Apakah Kita Mahu Sejarah Ini Berulang
Sebenarnya dendam Mat Sabu itu telah lama tersirat sejak dia ditangkap khalwat, sehingga di kalah dalam pilihan raya dan pemilihan Pas dahulu,

Sebab itu, Mat Sabu terpaksa cari jalan untuk memalukan pihak berkuasa dengan menidakkan perjuangan anggota keselamatan dan menjulang nama komunis.

Adakah orang seperti ini yang perlu kita angkat untuk jadi pemimpin, jangan lupa Mat Sabu juga suatu hari nanti sanggup mengatakan orang Melayu sebagai pelarian hanya untuk dapat sokongan,

Kita jangan lupa, jika komunis memerintah negara ini, kita mungkin tidak dapat menikmati apa yang kita kecapi, dan yang pasti parti Pas tak akan ada, mat sabu pun tak dieknali orang, tak mungkin juga Mat Sabu juga salah seorang ahli komunis.

Wednesday 7 September 2011

Bila Nik Aziz Menipu

Tangis Tipu
ADALAH suatu yang memalukan dengan sikap pemimpin pembangkang yang terus menipu rakyat dengan pelbagai alasan dan fatwa untuk menyakin rakyat terus menyokongnya.

Ulamak terkenal Nik Aziz juga turut menipu rakyat dengan memutarbelitkan fatwa untuk memeningkan rakyat akhirnya menjadikan rakyat percaya dengan apa yang dikatakan.

Anwar tak usah dicakap, pelbagai penipua dan pembohongan yang dibuat bukan sahaja setakat polis yang ditipu, malah dunia pun ditipu, apalah nak jadi dengan orang kita ini. Wan Azizah pun kene tipu ngan Anwar.

Kalau Karpal Singh atau Kit Siang menip[u boleh juga terima sebab mereka ini tak tahu hukum dosa pahala, dia sokong Pas sebab Pas kata dia masuk syurga sebab itu dia tipu., mereka ni hanya pentingkan untuk memecahbelahkan orang Melayu dan kelirukan rakyat

Bilakan kita nak sedar dengan penipu ini, sekarang senarai pembohong dan penipu makin bertambah termasuk orang no 2 Pas yang nampaknya sudah termasuk dalam golongan penipu.

Penipuan paling besar ialah masuk Pas masuk syurga, sebab itu Pakatan Rakyat dikini boleh dikenali sebagai parti Pembohong Rakyat.

16 Sept - Hari Pembohongan


“JIKA boleh dimasukkan di dalam kalendar tarikh 16 Sept sebagai hari pembohongan Ketua Pembangkang alangkah elok kerana ianya akan mengingatkan rakyat bahawa tarikh keramat itu merupakan satu tarikh pembohongan yang nyata oleh Ketua Pembangkang berkenaan untuk mengambil alih Putrajaya.
“Dan saya percaya serta yakin sungguhpun tarikh pembohongan Anwar sudah melangkaui hampir empat tahun, rakyat di negara ini tidak akan melupakan tarikh tersebut kerana Anwar dan kuncu-kuncunya pada waktu sudah mencanangkan seluruh dunia bahawa kerajaan akan bertukar pada tarikh tersebut”, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Bung Mokhtar Radin.
Menurut beliau pada tarikh tersebut sejurus pilihan raya umum 2008, Anwar bukan main hebat mewar-warkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang dan sekaligus memboleh pembangkang menguasai Putrajaya yang pada satu ketika ingin dilelong oleh kepimpinan pembangkang.
“Saya sampai sekarang nak tergelak pun ada bila terkenangkan sejarah berkenaan…Itu pun kita boleh jadikan ianya sejarah dan sebab itulah saya katakan tadi kalaulah boleh dimasukkan di dalam kalendar lagi bagus kerana itu adalah sejarah bagi Anwar dan pembangkang di negara ini selain sejarah tersendiri  kepada Malaysia.
“16 September yang juga sambutan hari Malaysia bukan sahaja memberi makna yang tersendiri kepada rakyat di negara ini malah akan memberi kenangan pahit kepada Anwar dan kuncu-kucunya yang tidak berjaya menipu rakyat  yang matang dan bijak,” katanya.
Anwar sejurus pilihan raya umum pada 2008  berulang kali mencanangkan pakatan pembangkang akan mengambil alih kerajaan BN  pada 16 September.
Berikutan itu juga, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.
Dalam perkembangan lain, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan membidas Anwar yang merupakan liabiliti kepada pakatan pembangkang dan bukannya mana-mana pemimpin lain di dalam BN.
“Saya ada terdengar bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan hari ini merupakan liabiliti kepada UMNO….Tetapi itu sebenarnya silap dan mainan politik pembangkang untuk menjatuhkan saya.
“Bagi saya, kalaulah ditakdirkan saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen sekalipun, Anwar dan pembangkang akan saya tentang kerana pembohongan dan matlamat mereka hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata. Meraka tidak akan pergi jauh lebih daripada itu.
“Justeru kepada mana-mana pihak khususnya Anwar sendiri, jangan main pukul borong kerana saya sedia berdepan dengan sesiapa sahaja kerana tugas dan tanggungjawab saya adalah untuk menentang kebatilan demi rakyat,” katanya.-MediaUMNO