Wednesday 7 September 2011

16 Sept - Hari Pembohongan


“JIKA boleh dimasukkan di dalam kalendar tarikh 16 Sept sebagai hari pembohongan Ketua Pembangkang alangkah elok kerana ianya akan mengingatkan rakyat bahawa tarikh keramat itu merupakan satu tarikh pembohongan yang nyata oleh Ketua Pembangkang berkenaan untuk mengambil alih Putrajaya.
“Dan saya percaya serta yakin sungguhpun tarikh pembohongan Anwar sudah melangkaui hampir empat tahun, rakyat di negara ini tidak akan melupakan tarikh tersebut kerana Anwar dan kuncu-kuncunya pada waktu sudah mencanangkan seluruh dunia bahawa kerajaan akan bertukar pada tarikh tersebut”, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Bung Mokhtar Radin.
Menurut beliau pada tarikh tersebut sejurus pilihan raya umum 2008, Anwar bukan main hebat mewar-warkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang dan sekaligus memboleh pembangkang menguasai Putrajaya yang pada satu ketika ingin dilelong oleh kepimpinan pembangkang.
“Saya sampai sekarang nak tergelak pun ada bila terkenangkan sejarah berkenaan…Itu pun kita boleh jadikan ianya sejarah dan sebab itulah saya katakan tadi kalaulah boleh dimasukkan di dalam kalendar lagi bagus kerana itu adalah sejarah bagi Anwar dan pembangkang di negara ini selain sejarah tersendiri  kepada Malaysia.
“16 September yang juga sambutan hari Malaysia bukan sahaja memberi makna yang tersendiri kepada rakyat di negara ini malah akan memberi kenangan pahit kepada Anwar dan kuncu-kucunya yang tidak berjaya menipu rakyat  yang matang dan bijak,” katanya.
Anwar sejurus pilihan raya umum pada 2008  berulang kali mencanangkan pakatan pembangkang akan mengambil alih kerajaan BN  pada 16 September.
Berikutan itu juga, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.
Dalam perkembangan lain, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan membidas Anwar yang merupakan liabiliti kepada pakatan pembangkang dan bukannya mana-mana pemimpin lain di dalam BN.
“Saya ada terdengar bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan hari ini merupakan liabiliti kepada UMNO….Tetapi itu sebenarnya silap dan mainan politik pembangkang untuk menjatuhkan saya.
“Bagi saya, kalaulah ditakdirkan saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen sekalipun, Anwar dan pembangkang akan saya tentang kerana pembohongan dan matlamat mereka hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata. Meraka tidak akan pergi jauh lebih daripada itu.
“Justeru kepada mana-mana pihak khususnya Anwar sendiri, jangan main pukul borong kerana saya sedia berdepan dengan sesiapa sahaja kerana tugas dan tanggungjawab saya adalah untuk menentang kebatilan demi rakyat,” katanya.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment