Monday 5 September 2011

Keluarga Noramfaizul Reda

Al Fatihah Buat Noramfaizul
PUJIAN harus diberikan kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV, yang terkorban ketika bertugas bersama Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malysia di Somalia, kerana tidak berniat untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur misi itu.

Ayah Allahyarham, Mohd Nor Abdul Majid berkata tiada pihak yang bersalah dalam peristiwa itu dan setakat ini segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ke urusan pengkebumian Noramfaizul.

"Apa yang berlaku adalah ketentuan, semua perkara berjalan lancar setakat ini, tiada siapa pun boleh dipersalahkan," katanya kepada pemberita di kediamannya, dekat sini hari ini.

Sepupu kepada arwah, Rodzana Esa juga berkata setakat ini semua anggota keluarga masih lagi dalam fasa untuk meredakan perasaan sedih masing-masing dan perkara seperti untuk panjangkan ke mahkamah tidak difikirkan.

"Kami semua redha dengan apa yang berlaku," katanya.

Sikap segelintir mereka yang mempolitikkan apa yang berlaku itu adalah amat memalukan, dan seharusnya berbangga dengan pengorbanan yang dibuat oleh Allahyarham.

No comments:

Post a Comment