Sunday 4 September 2011

Mengapa Dipersendakan

TIINDAKAN Lim Kit Siang mmepersendakan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebagai misi untuk mencari nama membuktikan betapa dangkalnya seorang yang digelar pemimpin parti yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik.

Sepatutnya kita harus berterima kasih kepada misi berkenaan kerana membantu mereka yang kebuluran disamping sanggup mengambil risiko untuk ke sana terutama dalam kesibukan umat Islam menyambut Aidilfitri.

Tetapi disebabkan kedangkalan Lim Kit Siang yang sanggup mempersendakan misi itu, sebenarnya dia juga ingin mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku dan cuba mencetuskan suatu suasana untuk menjadikannya sebagai modal politik.

Penghormatan Negara
Kita perlu ingat, bahawa Kit Siang veteran politik yang akan cuba menggunakan kesempatan untuk tujuan politik, jadikan kita tidak perlulah mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan itu, bak kata orang kita jangan mudah melatah publisiti murahan Kit Siang.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang dilakukan itu kerana tak semua orang sanggup meletakkan diri di kawasan yang penuh risiko, dan Kit Siang sudah pasti tidak akan sanggup untuk ke sana melakukan seperti apa yang dilakukan oleh sukarelawan berkenaan.
 Kepada Noramfaizul, al Fatihah kepadanya, perjuangan yang dilakukan itu dibayar dengan harga yang paling mahal sehingga mengobankan nyawanya, namun itulah suatu kebangaan buatnya, walaupun bukan perwira yang berjuang diperbatasan tetapi perjuangan telah membuka mata dunia.

1 comment: