Tuesday 6 September 2011

Melayu Jadi Celaru, Komunis Jadi Hero

JANGAN salahkan orang lain juga maruah bangss Melayu diperkotak-katikkan, ini semua berpunca daripada segelintir orang Melayu yang inginkan kepentingan duniawi sehingga sanggup mebiarkan bangsa mereka diperjudikan oleh orang lain.

Komunis Jadi Hero
Yang menariknya, yang membuka jalan adalah orang Melayu sendiri, bila bercakap tak sedar diri kerana terlalu seronok tetapi apabila orang menegurnya mereka katakan semua itu diputar belitkan, apalah nak jadi dengan Melayu seperti ini.

Apakah orang seperti ini layak untuk kita perjuangkan sebagai pejuang bangsa, mereka ini sebenarnya adalah pengkhianat bangsa.

Malah orang seperti ini akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi, malah kalau disuruh telanjang di tengah Kuala Lumpur pun sanggup lakukan nasalkan cita-cita peribadi tercapai.

Yang menghairankan, penyokong-penyokong taksub mereka sanggup menyokong puak-puak pengkhianat ini, walaupun agama dan bangsa di perdagangkan.

Oleh itu, kita jangan salahkan anak-anak yang baru mengenali sejarah menjadi celaru disebabkan oleh sikap mereka itu...beginilah nasib Melayu dan Islam yang terus dilacurkan untuk kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment