Tuesday 9 August 2011

Biskut Raya Tak Halal

UMAT Islam dinasihati supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik licik ketika membeli kuih, biskut dan kek untuk persediaaan menyambut Aidilfitri.
Melayu Jangan Mudah Terpedaya

Dalam keghairahan itu, orang ramai mungkin terbeli barangan berkenaan di mana pembuatannya diragui, termasuk menggunakan bahan-bahan yang kurang jelas statusnya, serta penggunaan logo halal palsu yang bertujuan mengaburi mata orang ramai.

Selain itu ada juga taktik peniaga yang mengatakan produk berkenaan produk orang Melayu sedangkan ia dihasilkan oleh orang bukan Islam yang kita khuatiri pembuatan mereka mungkin menggunakan bahan-bahan yang tidak halal.

Seperti kita tahu, setiap kali tiba musim perayaan, banyak barangan penyediaan makan di bawa masuk ke negara ini dari pelbagai negara di seluruh dunia. Tidak dinafikan adanya di kalangan barangan itu tidak memerlukan tanda halal seperti buah-buahan kering, tetapi pengguna perlu berhati-hati  kerana cara pemprosesannya.

Mungkin cara pemprosesnya itu menggunakan bahan bukan halal, seperti wain untuk menjadikan barangan itu tahan lama dan nampak segar dan menarik dari segi warnanya.

 yang boleh menyebabkan ari untuk penyediaan lan yang tidak ahairahan membeli barangan berkenaan, orang ramai harus meneliti terlebih dahulu barangan berkenaan kerana ia benar-benar halal, kerana ada di kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan menggunakan logo halal serta produk orang Melayu sebagai tarikan untuk orang ramao membelinya.

Antara taktik yang digunakan ialah harga jualan barangan itu diadapati lebih murah dan turut diadapati dengan logo halal, malangnya apabila dilihat dan diteliti logo halal itu adalah logo palsu.

Manakala taktik, lain pula ialah mereka menggunakan perkataan produk Melayu atau apa jua yang dapat mengelirukan pembeli terutamanya ketika menjelang hari-hari terakhir menyambut Aidilfitri.
Menarik Tetapi  Meragukan

Biasanya adanya jualan lambak yang biasanya dilakukan pada malam menyambut Aidilfitri, ketika ini ada di kalangan peniaga mencampur aduk barangan berkenaan, dan sebagai tarikan mereka meletakkan harga murah.

Sasaran lambakan barangan ini biasanya berlaku sewaktu orang ramai berebut-rebut membuat persiapan disaaat terakhir, tanpa mempedulikan status makanan atau barangan berkenaan, orang ramai terpedaya apabila barangan itu dijual dengan harga murah atau harga runtuh dengan alasan untuk menghabiskan stok.

Satu lagi penipuan yang harus disedari ialah mencampur adukkan kuih yang sudah tamat tempioh atau lebih mudah kuih Aidilfitri yang lalu untuk dijual semula kepada orang ramai.

Kepada mereka yang membuat persiapan Aidilfitri, diingat supaya berhati-hati dalam keghairahan itu rupa-rupanya kita menyediakan makanan tidak halal untuk ahli keluarga kita yang merangkumi ibu bapa, anak-anak, saudara mara serta sahabat handai


No comments:

Post a Comment