Saturday 13 August 2011

Mampukah Islam Dipertahankan

Beranikah Hisham
SEJAK umat Islam mula berpuasa 14 hari lalu, ada beberapa perkara dan peristiwa yang berlaku benar-benar mencabar kesabaran umat Islam di negara ini apabila maruah agama dipersendakan oleh pihak tertentu sedangkan agama rasmi negara ini adalah agama Islam dan Yang Di Pertuan Agong adalah ketua agamanya.

Kawan Ku
Sebenarnya apa yang berlaku semuanya adalah ujian daripada Allah untuk menguji kesetiaan umatnya terhadap agama yang dianutinya, membuktikan ketakwaan serta mempertahankan agamanya daripada diperlekehkan.

 Nampaknya ujian daripada Allah ini benar-benar mencabar kesabaran dan ketakwaan, ini baru perkara kecil yang diberikan oleh NYA untuk umat Islam, bermula dengan episod Majlis Berbuka Puasa di Gereja, Penyiaran Menu Babi Panggang dan Pengharaman Bacaan Ayat Al Quran menggunakan pembesar suara umat Islam.

Nasib Pejuang Islam
Ironinya, peristiwa yang berlaku itu telah menyebabkan ramai umat Islam memberikan pelbagai pandangan membantah apa yang berlaku, kecuali segelintir mereka yang MEMPUNYAI KEPENTINGAN POLITIK sanggup mempertahankan apa yang berlaku.

Isu berbuka puasa di gereja masih tidak selesai, kerajaan Selangor yang diperintah oleh Menteri Besarnya yang beragama Islam masih tidak dapat menyelesaikan kemelutnya, tetapi yang menjadi mangsa ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dek kerana tekanan politik, tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya dipertikaikan.

Apa yang menyedihkan orang Islam sendiri yang  mempertikaikan apa yang dilakukan oleh JAIS untuk mempertahankan maruah dan kesucian Islam.

Timbul pula isu menu Babi Panggang, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dengan kenyataanya Menteri Dalam Menteri yang tidak berpuas hati dengan jawapan serta usaha yang The Star atas kesilapan yang sengaja dilakukan .

Kenyataan itu antara kenyataan terbaik yang dibuat oleh Hishammuddin sejak menjadi Menteri Dalam Negeri kerana sebelum ini dikenali sebagai Menteri AMARAN, diharap beliau tegas dengan apa yang dikatakan dan jangan nanti layu di tengah jalan.

Ikut Telunjuk Kerana Jawatan
Tindakan lebih tegas ditagih dari KDN, maruah Islam tidak boleh dijual beli, tidak dinafikan Ketua Pengarang The Star antara kawan karib Hishammuddin, apakah Hisham sanggup mengadaikan agama kerana kawan atau sebaliknya.

Apa jua yang akana berlaku, bulan Ramadan ini mengguji kredibiliti Hisham sebagai Seorang Umat Islam, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden UMNO.


No comments:

Post a Comment