Saturday 6 August 2011

Gadaikan Agama, Kerana Jawatan

JIKA benar Dr Hasan Ali dipecat sebagai exco kerajaan negeri, ia merupakan satu tamparan kepada umat Islam bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara dan dunia. Inilah nasib yang bakal diterima oleh pejuang kebenaran demi agama.
Hasan Ali Tidak Harus Dibiarkan Keseorangan

Ramadan baru sahaja beberapa hari dilalui umat Islam, namun perkembangan yang berlaku ini benar-benar menguji uamat Islam di Selangor dan seluruh negara berhubung perkembangan yang berlaku, apakah perkara ini boleh kita biarkan begitu sahaja.

Tidak mustahil perkara yang berlaku ini akan dipolitikkan terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai kepentingan, yang menjadi persoalannya ialah di manakah perginya exco-exco Islam dan Melayu Selangor, apakah mereka bisu seribu bahasa membiarkan Hasan Ali menjadi mangsa kekejaman politik akibat perjuangannya kepada Islam

Perkembangan terbaru sudah terbukti bahawa exco-exco terbabit tidak berani berkata-kata kerana takut hilang jawatan, nampaknya mereka lebih sayang keduniaan sehingga sanggup agama diperkotak-katik, apakah pemimpin sebegini harus dijadikan pemimpin.

Jika soal agama tidak berani bersuara, tidak perlulah kita cakap mengenai nasib orang Melayu, sudah pasti exco-exco terbabit serta adun-adun lain pun tak berani nak bercakap, takut nanti nama tak naik, pilihan raya makin hampir, untuk selamat baik diam diri.

Dalam hal ini, syabas harus diberikan kepada Hasan Ali, umat Islam dan orang Melayu di Selangor harus berada di belakang Hasan Ali jika apa yang dilakukan itu untuk mempertahankan Islam. 

Kenyataan Hasan Ali perlu direnung "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai exco demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepaad soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah".

Mana Perginya Exco Islam dan Melayu . Begitu Juga Dengan MB.
Apakah Perdirian Tentang Islam.

Umat Islam di Selangor harus berdiri teguh dibelakang Hasan Ali kerana memperjuangkan Islam dari dicemari, tinggalkan sifat kepartian demi perjuangan agama. Inilah cabaran yang perlu dihadapi dalam Ramadan ini, sama juga dengan Rasullah S.A.W yang berperang untuk memperkembangkan syiar Islam dan berperang dengan orang kafir dalam bulan Ramadan yang dikenali dengan Peperangan Badar. newschange.

No comments:

Post a Comment