Wednesday 10 August 2011

Buffet Ramadan Menu Babi Panggang

APAKAH dengan mohon maaf sahaja dapat menutup penghinaan  The Star kepada umat Islam yang disiarkan dalam keluaran khasnya `Star Special Dining Out'.

Buffet Ramadan Babi Panggang
Dengan alasan ia adalah suatu satu kesilapan tidak disedari adalah suatu yang tidak dapat diterima, alasan sebegitu bolehlah diibaratkan seperti `melepaskan batuk ditangga' sedangkan apa yang berlaku itu benar-benar menguris hati umat Islam.

Apa yang berlaku itu adalah menunjukkan bahawa kakitangan The Star tidak mempunyai sensitiviti menghormati kepelbagaian agama dan agama di negara
ini.

Cuba perkara ini berlaku kepada agama lain, pasti sudah ramai yang bercakap dan meminta tindakan diambil terhadap akhbar terbabit.

Malah pihak pembangkang turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan, malangnya apabila berlaku kepada agama Islam, perkara itu dibiarkan sahaja dan sekadar memohon maaf..

Dalam perkara ini, Pengarang, Penulis, Penyunting perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, satu tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit bukan hanya dengan sekadar ucapan mohon maaf sahaja.

Babi Panggang Untuk Buka Puasa
Jika benar pihak pengurusan ikhlas dengan kesilapan yang dilakukan, mereka perlu mengambil tindakan tegas.

Bukan sekadar teguran secara mulut atau bertulis kerana ia tidak mampu membendung betapa hati umat Islam telah diguris begitu sahaja sedangkan tindakan nya hanya sekadar ala kadar sahaja.

Kita juga hendak lihat kepada KDN, apakah berani untuk mengambil tindakan itu terhadap The Star, atau berdiam diri sahaja, sedangkan hampir 90 peratus daripada mereka termasuk Menteri dan Timbalannya beragama Islam.

No comments:

Post a Comment