Sunday 7 August 2011

Pemimpin Dicucuk Hidung, Agama dan Bangsa Tergadai

Apakah Kita Mahu Sebegini
ISU serbuan Jais tehadap sebuah gereja baru-baru ini, nampaknya masih tidak ada kata putus, Pas yang bermesyuarat selama 4 jam masih tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu, alasan diberi untuk dapat maklumat lebih daripada Jais dan pihak gereja.

Sebenarnya kita hendak dapatkan pendirian Pas, kita nak tahu apa pendapat Pas berhubung majlis berbuka puasa yang dibuat di dalam gereja untuk umat Islam, untuk pokok persoalannya.

Apa yang berlaku adalah persolan kedua, kita nak tahu apa pendidrian Pas terhadap Dr Hasan Ali, mengapa Pas tidak sanggup duduk di belakang Hasan Ali, atau takut kehilangan kawan rapat mereka.

MB Selangor Dicucuk Hidung Oleh DAP dan PKR
Sejak menjadi `Pak Turut'  selepas berkawan dengan DAP, Pas sudah hilang kredibiliti sebagai parti perjuangan Islam, Pas kini sudah jadi parti dicucuk hidung.

Sebenarnya dalam isu ini, Pas cuba mengelakkan diri untuk membuat sesuatu keputusan yang boleh membuat kawan rapatnya `DAP' berkecil hati, seperti isu di Kedah tidak lama dahulu sehingga diberi kata oleh DAP. Keputusan MB Kedah boleh dikitai begitu sahaja oleh DAP yang ada di Kuala Lumpur, begitu murahnya Pas sekarang.

Begitu juga dengan MB Selangor, selepas mengarahkan exconya tutup mulut, kini dia arahkan pihak media pula supaya tutup mulut, sebenarnya arahan itu datangnya dari tangan-tangan halus di belakanganya, sebaba takut isu ini menjadi panas menunjukkan kelemahan pentadbiran pakatan rakyat.

Selain itu, DAP khuatir isu ini mereka akan kehilangan sokongan dari orang Melayu yang menyokong mereka melalui Pas dan PKR, DAP tahu isu sensitif kepada orang Melayu kerana babitkan agama. Itulah nasib kita bila tidak punyai kekuatan dan berharap pada orang lain menyebabkan kita mudah dicucuk hidung dan ditarik seperti kerbau. Itulah yang berlaku kepada MB Selangor dan Pas.

No comments:

Post a Comment