Monday 22 August 2011

Indahnya Ramadan

Tiada Di Tempat Lain
BERKUNJUNG ke Jalan Masjid India di bulan Ramadan menjelang Aidilfitri sudah hampair menjadi satu kewajiban kepada warga kota, ia bukan sekadar untuk membuat persiapan menyambut Aidlfitri, tidak kurang juga yang saja jalan-jalan untuk mendapatkan sesuatu yang sebnarnya tidak diketahui.

Meriah - Berbuka di Jalan Masjid India
Selain dikenali sebagai pesta menjelang Aidilfitri, suasana itu juga boleh dianggap sebagai lokasi jejak kasih yang tidak kita terduga untuk bertemu dengan insan yang mungkin, sahabat, kawan, jiran atau kekasih lama dan mungkin oleh menguit semula kenangan indah ketika bersama.

Apa yang menarik untuk dikongsi ialah suatu suasana yang mungkin tidak mungkin kita lihat atau nikmati di mana sahaja kita berada kecuali di Jalan Masjid India.

Sabar Berbaris Membeli Juadah
Jalan Masjid India yang menjadi laluan kenderaan tiba-tiba sepi menjelang wakatu berbuka, jalan itu dipenuhi dengan orang ramai yang duduk di pinggir jalan untuk menantinya waktu berbuka, walaupun tidak mengenali anatara satu sama lain, namun nampaknya kemesraan walaupun baru kenal seketika.



Tidak kurang juga ada di antara mereka yang bertukar juadah antara satu sama lain, yang sangat sukar kita saksikan terutama di ibu negara, itulah Indahnya Ramadan yang mungkin tidak mampu kita lalui kecuali hanya Ramadan.

No comments:

Post a Comment