Sunday 14 August 2011

Tayar Kapal Terbang Botak

AMAT memeranjatkan pendedahan yang dibuat oleh Direktorat Jeneral Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia mendapati bahawa ada pesawat yang menggunakan tayar botak kerana boleh mengamcam keselamatan penumpangnya.

Tayar Kapal Terbang Pecah
Pemeriksaan ke atas 17 pesawat milik tiga syarikat penerbangan tempatan itu mendapati bahawa secara umumnya pesawat dalam keadaan baik, kecuali ada pesawat yang menggunakan tayar botak di bahagian depan dan bahagian belakangnya.

Siapa Yang Nak Periksa Tayar Kapal Terbang
Pemeriksaan mengejut itu dilakukan bagi meninjau persiapan dan persediaan terminal udara itu untuk menguruskan sejumlah besar penumpang yang bakal pulang ke kampung, yang lebih dikenali di Indonesia sebagai arus mudik, untuk sambutan perayaan Aidilfitri pada hujung bulan ini.

Di negara kita, pihak terbabit juga perlu memeriksa mana-mana pesawat untuk memastikan keselamatan penumpang terjamin terutama kepada syarikat yang hanya memikirkan keuntungan sahaja.

No comments:

Post a Comment