Wednesday 10 August 2011

Kerana Kawan, Agama Dipertaruhkan. (WAJIB BACA)


KERANA  kawan, ada orang sanggup ketepikan soal agama kerana untuk memastikan dirinya terus mendapatkan didampingi rakan yang sebenarnya sedang mempergunakannya. 
Malah kawan itu jugalah dulu yang pernah berkata bahawa beliau sanggup berputih tulang jika, terus mempertahankan Islam.
Dan itulah yang berlaku kepada Pas, apabila sanggup bermati-matian untuk membela Gereja Methodist yang diserbu Jais atas desakan tangan-tangan halus, ini semua terpaksa dilakukan oleh Pas kerana takut kehilangan sokongan daripada rakan karib mereka DAP.
Inilah nasib kita, sanggup dipergunakan oleh orang lain, malah agama juga sanggup dipertaruhkan, apakah kita harus membiarkan perkara sebegini berlaku.
Sempena bulan Ramadan ini, orang Melayu dan Islam perlua menyedari bahawa ada segelintir manusia yang sanggup mempertaruhkan agama untuk cita-cita peribadi dan duniawi.
Apakah kita sanggup membiarkan orang-orang sebegini menjadi pemimpin kita yang kononya akan berjuang untuk agama dan bangsa.
Sanggupkan kita biarkan maruah agama diperkotak-katikkan oleh mereka-mereka yang mengaku sebagai seagama tetapi perjuangan agamanya berbeza hanya untuk kepentingan politik, Renung-Renungkanlah.



K

No comments:

Post a Comment