Monday 22 August 2011

Saya Tak Liwat


ANWAR Ibrahim menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful
Bukhari Azlan.
Pelakon Terbaik

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian," kata Anwar.

Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan," kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam, berkata Mohd Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.


No comments:

Post a Comment