Friday 12 August 2011

Islam di Hina, The Star Tidak Ikhlas

SEKADAR mohon maaf atas ketelanjuran The Star yang menghina dan menguris kesucian bulan Ramadan dengan menyiarkan artikel Buffet Ramadan bermenukan Babi Panggang adalah tidak ikhlas dan sekadar untuk mengambil hati mereka yang tertentu.

Apa yang berlaku itu adalah suatu penghinaan kepada agama, menunjukkan tiadanya perasaan sensitiviti mereka terhadap agama Islam, agama rasmi negara kita.

 Cuba bayangkan jika perkara itu berlaku terhadap agama lain seperti Kristian, Hindu atau Buddha, sudah pastilah The Star antara media yang terkehadapan membela nasib agama berkenaan.

Malah The Star juga yang menjadi penyambung lidah kepada masyarakat dan parti politik untuk menghentam kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama terbabit, tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila berlaku kepada agama Islam.

Apakah begitu murahnya maruah kita, dengan sekadar memohon maaf dapat menutup kehinaan yang dilakukan oleh mereka.

Tetapi apa yang berlaku itu adalah suatu yang dilakukan secara terpeinci, dan jika mereka mengatakan ia adalah disebabkan kecuaian, ia adalah suatu jawapan diplomatik.

Oleh itu, KDN perlu bertindak tegas dan perkara ini tidak boleh bertolak ansur kerana membabitkan maruah agama, adalah wajib untuk umat Islam mempertahankan agama Islam dalam apa cara sekalipun dari musuh-musuhnya.

KDN perlu bertindak tegas dan jangan `hanyut' dengan surat tunjuk sebab, kepada mereka yang beragama Islam di KDN adakah anda sanggup bersetongkol dan membiarkan maruah Islam boleh dicaci begitu sahaja.
Tindakan tegas perlu diambil kerana agama rasmi negara kita AGAMA ISLAM.


No comments:

Post a Comment